MUHAMMAD SHAHEED BIN MOHAMAD SHUHAIMI


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, February 28, 2011

Tips Motivasi – 8 Cara Bagaimana Untuk Bertenang-tenang Selalu

Berikut adalah 5 cara untuk bertenang. Dalam ayat lain, kami paparkan 8 tips bagaimana melatih diri untuk bertenang selalu.

1. Mulakan dengan niat.

Untuk bertenang selalu dan untuk membina ketenangan dalam diri, mulakan dengan niat. Kenapa Anda mahu bertenang? Mesti ada sebabnya kan. Sebagai contoh, Anda mahu bertenang mungkin sebab Anda mahu mengelak dari stress, mungkin sebab Anda mahu melatih diri supaya bertenang selalu atau simply Anda mahu merasai ketenangan dalam apa jua perkara yang Anda lakukan.

2. Longgarkan otot, longgarkan sendi, longgarkan urat kening.

Elak dari mengerut kening ketika Anda sedang merenung, sedang berfikir atau ketika sedang melihat pada sesuatu misalnya skrin komputer atau skrin projektor. Jangan biaskaan diri mengerut kening sebab pergerakan otot kening ketika dikerutkan akan membuat Anda tertekan. Hal ini akan menyebabkan minda Anda terlalu fokus. Bila sudah terlalu fokus, tak ada ketenangan sebab minda Anda dipengaruhi oleh kerisauan dan kekelamkabutan. Sebaiknya, saat membaca sesuatu, merenung atau memikirkan sesuatu, cuba relaks. Bawak diri bertenang.

3. Kawal emosi.

Cara untuk bertenang adalah dengan bersabar. Bukan kawal marah, tapi bersabar. Ketika bersabar, Anda menahan diri supaya bertenang. Ketika menahan marah, Anda masih nampak marah cuma dalam amaun yang ditapis-tapis. Anda masih menampakkan marah diwajah Anda. Ketika bersabar, Anda memujuk diri Anda supaya bertenang tanpa ada keinginan mahu menampakkan yang Anda sedang marah tapi ditahan-tahan. Bina ketenangan dengan melatih diri untuk sentiasa bersabar. Kawal emosi dengan mengamalkan sikap bersabar.

4. Pernafasan.

Pernafasan terarah membuat Anda merasa tenang. Untuk melatih diri bertenang ketika jiwa Anda kacau bilau, tarik nafas melalui hidung, tahan sehingga 3 saat kemudian hembus perlahan-lahan melalui hidung juga. Ketika menarik nafas, penuhkan rongga dada dengan udara sehingga tak termampu, tahan 3 saat lepas tu hembus perlahan-lahan sehingga tak ada lagi yang tinggal. Ulang sebanyak 7 kali untuk impak maksima. Anda boleh lakukan teknik ni ketika membaca, memasak, memotong sayur, memandu, menaiki bas, ketika dalam lif, ketika dalam mesyuarat atau ketika sedang berbincang dengan seseorang.

5. Sembahyang.

Sembahyang dapat membina ketenangan. Ketika sembahyang, hati Anda, jiwa, fikiran dan minda dapat di tenangkan kerana Anda perlu khusyuk. Anda tak akan dapat merasai kekhusyukan sembahyang jika Anda tidak tenang. Cara paling baik untuk membina ketenangan dalam diri adalah melalui sembahyang.

6. Elak berpeluk tubuh.

Ketika sedang berpeluk tubuh, Anda sedang berada dalam posisi DEFENSIF. Mungkin Anda sudah terbiasa berpeluk tubuh ketika sedang menunggu,ketika menonton wayang, ketika berjalan, ketika duduk atau ketika sedang bercakap. Tahukah Anda berpeluk tubuh tak akan membuat Anda merasa tenang langsung? Solusi kepada hal ni adalah dengan menekup kedua-dua tangan di bahagian tapak lalu meletaknya di bahagian hadapan seperti mahu menyalam seseorang dengan kedua-dua tangan. Sebagai contoh, lihat kepada posisi tangan Dr. Irfan Khairi setiap kali dia ditemubual. Tangan kiri dan tangan kanannya diletak di bahagian hadapan kemudian ditemukan di bahagian tapak tangan seolah-olah mahu bersalaman. Cara ini membuat Anda merasa tenang, mengawal gugup, membuat fikiran jadi lebih rasional.

7. Dekat dengan orang yang tenang selalu.

Dekatkan diri selalu dengan orang yang tenang. Orang camni biasanya tak suka marah, tak suka bersuara tinggi dan sentiasa hormat pada orang lain tanpa mengira darjat, pangkat atau status. Bila Anda dekat dengan orang yang tenang, Anda juga akan merasa tenang. Terlihat wajahnya terasa ada getara di dalam jiwa kesan dari pancaran ketenangan yang terpamer di mukanya.

8. LET GO.

Ini adalah langkah terpenting. Let go semua masalah-masalah di fikiran. Lepaskan pergi semua kerisauan. Tinggalkan semua kegusaran. Lupakan hal-hal yang membuat Anda tertekan. Lupakan. Lepaskan pergi untuk seketika. Tarik nafas. LET Go untuk 3-5 jam seterusnya. Anda akan merasa tenang. Setelah itu fikirlah balik segala perkara yang Anda mahu fikir. Anda akan mendapat idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah, Anda akan dapat ilham bagaimana mengatasi kegusaran, Anda akan mendapat suntikan inspirasi untuk mengatasi perkara-perkara yang membuat Anda tertekan.

Ketenangan membuat minda Anda bertindak cemerlang. Ketenangan juga baik untuk mengekalkan motivasi serta mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.

Dalam perhubungan sesama manusia, ketenangan membuat Anda disenangi orang.

Dalam perhubungan antara Anda dengan Tuhan, pasti Anda dirahmati olehNYA.

Jiwa yang tenang adalah jiwa yang dengan dengan alam kemudian akan jadi dekat dengan pencipta alam, iaitu Tuhan.
Read More..

Monday, February 21, 2011

6 Langkah Asas Bagaimana Menangani Masalah

Apa dia masalah? Masalah adalah situasi yang tak Anda ingini. Masalah adalah situasi yang berlaku diluar jangkaan Anda, diluar perancangan Anda. Ada bermacam sebab kenapa masalah terjadi, sebab paling utama adalah kesilapan. Anda silap dalam bertindak, maka berlakulah masalah. Anda silap dalam menetapkan matlamat, maka terjadilah masalah. Anda silap dalam memikir – Anda berfikir negatif, kesannya minda separa sedar Anda kerap menarik masalah. Akhirnya hidup Anda tak pernah serik dari dilanda masalah. Lepas satu masalah, datang lagi satu masalah!

Berikut adalah 6 tips asas bagaimana untuk menangani masalah.

1. Fahami sebabnya

Kenapa masalah muncul? Masalah berpunca dari kesilapan Anda – kesilapan dalam bertindak, kesilapan dalam berfikir, kesilapan dalam berniat, kesilapan memasang matlamat, kesilapan berimaginasi. Masalah situasi yang tak Anda ingini. Anda tak akan dapat elak. Untuk menangani masalah dari peringkat asas, fahami dulu sebabnya. Sebab apa masalah muncul? Ia berlaku sebagai cara untuk menunjuk Anda cara yang betul. Masalah dimunculkan untuk Anda nampak langkah yang betul. Dalam perspektif lain, Tuhan menurunkan masalah pada Anda sebagai balasan kepada perbuatan Anda, mungkin Anda ada buat dosa tanpa pernah meminta ampun.

2. Gali kepositifan disebalik masalah.

Setiap yang berlaku, pasti ada kebaikan tersirat di dalamnya. Masalah berlaku semata-mata untuk membuat Anda berubah. Jangan menyerah pada masalah. Jika Anda dilanda masalah, cari apa yang baiknya masalah tu. Sebagai contoh, jika Anda dilanda masalah kekurangan duit, kebaikannya, Anda akan terdorong untuk rajin bekerja atau berniaga supaya Anda berduit. Kenapa perlu gali kepositifan disebalik masalah? Supaya Anda nampak jalan keluar dari masalah, bukan buntu sebab dilanda masalah.

3. Optimis masalah tu boleh selesai.

Optimis adalah sikap dimana Anda yakin apa yang Anda usahakan boleh berhasil. Anda nampak di mana jalan keluar, Anda dapat rasakan apa yang Anda buat boleh mendatangkan kesan selagi Anda terus berusaha. Makin berusaha, makin nampak kesannya. Dalam menangani masalah, Anda perlu optimis. Anda perlu hadirkan rasa yakin bahawa masalah Anda boleh selesai. Setelah menggali hikmah di sebalik masalah (kepositifan) Anda perlu hadirkan rasa yakin masalah Anda boleh selesai, janji teruskan berusaha hingga masalah berjaya diselesaikan sepenuhnya.

4. Fikir penyelesaian, bukan bebanan.

Inilah aspek terpenting bagaimana menangani masalah. Fikirlah penyelesaian masalah, bukan memikir bebanan masalah. Jika Anda dilanda masalah secara tiba-tiba, terus fikir bagaimana menyelesaikannya. Elak merasa terbeban oleh masalah, elak berkata tentang masalah Anda. Meluah masalah tu boleh, tapi jangan amalkan kerana asyik meluah akan menyebabkan Anda tak nampak jalan keluar dari masalah melainkan Anda meminta pendapat bagaimana nyelesaikan masalah. Fikir penyelesaian masalah, Anda kena bercakap dan berbincangan mengenai penyelesaian masalah. Hati Anda kena yakin Anda kini menuju kepada penyelesaian masalah, bukan berlegar-legar di dalam masalah.

5. Tulis, buat, lihat prestasi.

Setelah Anda memikir jalan penyelesaian masalah, langkah seterusnya, tuliskan penyelesaian-penyelesaian itu. Kenapa? Sebab Anda perlu mengingatkan diri sendiri bahawa Anda sedang berusaha menyelesaikan masalah. Cara ini akan membuat Anda dapat mengelak dari merasa terbeban oleh masalah, sebaliknya mendidik minda Anda supaya memfokus pada usaha menyelesaikan masalah. Tulis penyelesaian masalah yang Anda boleh fikir, buat apa yang Anda fikir tadi, pastu lihat perkembangannya cemana. Kaji, adakah Anda nampak masalah Anda makin boleh diselesaikan atau makin bertambah?

6. Bertindak, bertindak, bertindak.

Kereta tak bergerak apabila minyaknya tak ada. Sepiring mee kari segera Maggi tak sedap di makan apabila rempah karinya tak ada. Duit tak akan ada bila Anda tak ada kerja. Begitu jugalah dengan masalah. Masalah tak akan selesai bila Anda tak bertindak. Selesaikan masalah. Elak hanya merasa terbeban oleh masalah. Sebaik-baik cara menangani masalah adalah dengan bertindak menyelesaikannya.
Read More..

Saturday, February 19, 2011

Motivasi diri – masalah yang ada luahkan semuanya

Masalah, kalau ada, jangan dipendam. Luahkan semuanya supaya kita boleh menanggung masalah-masalah yang akan datang.

Dipendam pun jangan dipendam lama-lama. Masalah ini ibarat sebiji batu yang dikita masukkan ke dalam cawan.

Makin banyak batu yang kita simpan dalam cawan tu, makin penuhlah cawan hingga tidak ada ruang untuk kita masukkan batu-batu yang lain. Akibatnya, makin banyak masalah, makin kita tertekan sebab sudah tidak ada ruang untuk kita menanggung masalah kita.

Kita kena keluarkan batu-batu yang lama. Buang jauh-jauh dna jangan pernah ingat lagi.

Masalah sebenarnya hanya situasi-situasi yang kita tidak redhai, yang kita tak sukai dan situasi yang menyusahkan kita.

Untuk kita menyelesaikan masalah, fikiran kita kena dipandu agar memfokus pada penyelesaian masalah, bukan pada masalah tu sendiri. Tak guna kita asyik memikirkan masalah kerana ia akan menjadi besar dari sehari ke sehari.

Bila fikiran terfokus pada penyelesaian masalah, kita akan nampak jalan keluar dari kesusahan menanggung masalah. Peringatan ni asyik diulang-ulang, sebagai reminder buat kita bersama sebab setiap hari kita akan berdepan dengan pelbagai masalah.

Kekadang bila kita dah senang sikit, kita mudah lupa.
Read More..

Sunday, February 13, 2011

Perkemaskan pakaian untuk meningkatkan keyakinan diri

Pernah tak Anda terfikir kenapa ramai orang professional suka pakai dressing yang smart? Semua tu gunanya untuk meningkatkan keyakinan diri, iaitu supaya mereka merasa yakin dan tiada langsung rasa ragu-ragu. Kita menjadi tidak yakin kerana rasa ragu-ragu, takut dan sangsi menguasai diri kita.Keyakian diri kita berada pada tahap rendah.

Anda, saya mengaku pada mulanya saya tak sedar hal ni. Mulanya saya merasa agak rimas dan ‘lemas’ memakai baju formal setiap hari di waktu kerja dalam perjalanan ke tempat kerja. Saya sering merasa kurang yakin dengan penampilan saya. Saya kongsikan seidkit kisah dari pengalaman saya.

Rasa bercelaru di dalam hati membuat saya berfikir apa cara yang boleh saya lakukan untuk meningkatkan keyakinan diri. Lalu, saya menilai diri sendiri, menilai pemakaian saya, gaya percakapan saya dan gaya komunikasi saya. Setelah beberapa minit berfikir sambil menuliskan perkara-perkara yang saya rasa perlu diperbaiki, akhirya saya amik keputusan untuk memperbaiki gaya pemakaian saya.

Saya memilih untuk mengenakan pakaian yang bersih, kemas dan nampak menarik. Niat saya bukanlah untuk menarik perhatian gadis-gadis supaya melihat penampilan saya, sebaliknya saya nak merasai kesan pemakaian sebegitu pada diri sendiri. Saya mengkaji gaya pemakaian orang-orang professional, saya baca pastu saya praktikkan pada diri sendiri.

Selepas seminggu melakukan hal sedemikian, saya mulai merasai ‘feel’ berlainan. Saya mulai jadi konpiden, yakin diri dan bertenaga. Tiada lagi rasa takut-takut.

Tiada lagi rasa ragu.

Tiada lagi rasa sangsi.

Tiada rasa malu!

Dulu, time naik bas saya lebih suka duduk kat belakang sebab saya takut (dan malu) gadis-gadis tengok muka saya dan dok perhati apa yang saya buat time duduk dalam bas. Saya takut dikritik. Saya seakan-akan dengar suara hati diorang mengkritik perbuatan saya, pemakaian saya, air muka saya apabila mereka terlihat saya. Saya takut diketawakan. Keyakinan diri saya berada pada tahap rendah ketika itu.

Sekarang semua tu sudah berubah. Dengan dressing yang ‘smart’ dan kemas, rasa yakin diri timbul dari fikiran saya. Saya jadi yakin.

Dari situasi tu saya membuat kesimpulan, pemakaian kita dan cara kita mempersembahkan diri kita kepada ramai orang mempengaruhi perasaan yang timbul dari dalam diri kita. Kita alami perasaan tu di dalam hati, kemudian ia akan mempengaruhi fikiran lantas menguasai tindakan kita.

Sekarang saya tidak lagi gugup, takut-takut, malu-malu atau gusar. Bahkan saya merasa yakin berdepan seorang gadis jika dia berdiri di depan saya atau bertentang mata dengan matanya ketika sedang berbual-bual. Huh, konpiden punya pasal. Dari eksprimen keyakinan diri yang saya lakukan, pemakaian kita banyak mempengaruhi perasaan kita, lantas mempengaruhi keyakinan diri kita.

Anda ada masalah meningkatkan keyakinan diri?

Mulai hari ini, saya mendedikasikan ilmu saya, kemahiran saya, tenaga saya untuk membina keyakinan diri Anda melalui nota-nota yang saya tulis kat blog ni. Kita ada hak untuk merasa yakin, kita ada hak untuk menikmati hidup bahagia. Syaratnya, kita kena sanggup berubah.
Read More..

Monday, February 7, 2011

Motivasi diri – marah halangan besar untuk berjaya

Perlukah kita marah-marah?

Sikap marah adalah salah satu dari sikap-sikap negatif. Apabila kita jadi orang yang suka marah-marah, itu maknanya kita adalah orang yang lebih banyak terdorong pada kenegatifan. Fikiran kita negatif, kata-kata kita negatif, walaupun kata-kata di dalam hati.

Nak berjaya, nak bahagia, kita perlu membentuk diri kita menjadi orang yang pandai mengawal rasa marah. Biar kita yang mengawal marah, bukan marah yang mengawal kita lalu menukar kita menjadi seperti seekor singa.

Marah adalah sebahagian daripada diri kita kerana marah tu adalah emosi kita.

Emosi boleh dikawal. Caranya adalah dengan mengurangkan emosi asal kemudian menukarkannya dengan emosi lain.

Lawan marah adalah ketenangan. Untuk mengawal rasa marah, fokus kepada melatih diri untuk bertenang.

Marah sifatnya api. Api punya selalunya menjadi pembinasa sebab api memakan semua yang dibakar olehnya. Apa saja yang bersifat api pasti membakar, memusnah, termasuklah sikap marah.

Marah yang tidak dikawal akan membakar persahabatan, perhubungan adik beradik dan perhubungan cinta lalu menjadikannya tidak bermakna lagi. Sesiapapun tak akan suka mendekati Anda apabila Anda menjadi orang pemarah, suka marah-marah, cepat naik marah.

Air sifatnya sejuk, mendekatkan dan mencantumkan. Sel-sel tubuh badan kita termasuklah tisu-tisu badan yang ada di otot kita mengandungi air cuma dalam jumlah yang amat sedikit. Kerana air, sel-sel badan kita dapat bergerak dengan cukup baik menjadikan kita aktif. Asal sel, memang mengandungi air.

Bertenang tu adalah sifat air. Sesiapa saja suka berkawan dengan orang yang wajahnya tenang.

Dalam usaha kita melakar kebahagiaan dan kejayaan hidup, sikap marah adalah satu cabaran besar yang patut kita tangani. Marah sifatnya menghancurkan. Tenang pula sifatnya membina, seiring dengan sifat air yang mencantumkan, menggabungkan.

Cuba tengok simen yang diguna untuk buat bangunan. Simen terhasil dari gabungan di antara pasir dan serbuk simen, dicampur dengan air supaya kedua-dua bahan mentah tu bergabung membentuk simen cair. Nyatalah air memang sifatnya membina dan menyatukan.

Mulai hari ini, elakkan sikap mudah marah, suka marah-marah. Elakkan sikap menampakkan air muka pemarah kerana sikap sebegitu akan menghancurkan jalan Anda menuju kejayaan dan kebahagiaan.

Bila Anda menjadi orang pemarah, tak ada siapa suka nak dekat. Kalo ada yang datang mendekat, maknanya mereka sedang berlakon untuk mengambil hati Anda.

Bila sudah tak ada siapa nak dekat dengan Anda, tak ada siapa yang akan suka membantu Anda untuk jadi orang berjaya. Pasangan hidup Anda tak akan kekal bersama dengan Anda. Kawan-kawan menyisihkan Anda. Ibu dan bapa Anda tak berapa ngam dengan Anda.

Elakkan sikap marah, kurangkan dan kawal. Cabaran paling besar untuk kita berjaya dalam bidang kita bukanlah dari luar, tapi dari dalam diri kita sendiri. Kita berdepan dengan cabaran mengawal sikap marah yang dah lama ada dalam diri kita.
Read More..

Beri Semangat Pada Diri Dengan Mengubah Perspektif

Bagaimana memberi semangat pada diri sendiri? Caranya, ubah perspektif.

Perspektif adalah cara kita melihat sesuatu perkara, benda, orang dan situasi. Perspektif adalah pandangan kita. Untuk mencetus motivasi, perspektif kita kena positif selalu.

Untuk membina perspektif positif, mulakan dengan bersangka baik. Bersangka baiklah dengan sikap orang-orang di sekeliling Anda walau seburuk manapun perangainya. Bersangka baiklah dengan situasi yang terjadi pada Anda, walau seburuk manapun halnya. Apapun yang terjadi, bersangka baiklah tanpa henti.

Beri respon positif pada setiap perkara, setiap orang, setiap benda, setiap situasi dan setiap kejadian. Apa jua yang Anda baca, yang Anda lihat, yang Anda dengar dan yang Anda rasakan, beri respon positif. Respon Anda mempengaruhi emosi Anda, lantas mempengaruhi tindakan Anda.

Apabila respon positif, emosi serta tindakan Anda akan mula berubah menjadi positif.
Read More..

Bercakap dengan diri sendiri dapat mencetuskan semangat

Cara paling mudah untuk kita bermotivasi pada diri sendiri adalah dengan bercakap ngan diri kita sendiri di dalam hati. Cakapkanlah apa saja pada diri Anda sendiri untuk membangkitkan rasa bersemangat yang amat kuat.

Bina attitude ‘you can do it‘. Katakan pada diri Anda berkali-kali, you can do it, you can do it, you can do it.

Jika Anda sedang merasa sukar ketika melakukan sesuatu, gunakan cara ini. Beri semangat pada diri sendiri dengan mengatakan di dalam hati..“aku boleh buat, aku boleh buat, aku boleh buat”.

Kenapa mesti 3 kali? Sebab, 3 kali lebih power daripada hanya 1 kali.

Macam kita makan juga..3 kali makan lebih banyak isinya dari cuma 1 kali makan. Cara lain untuk memotivasikan diri, gunakan ayat seperti ini..”orang lain boleh buat, aku pun boleh buat. Aku boleh buat, aku boleh buat, aku boleh buat!!.”..

Mula-mula buat teknik ni, perubahnya tak berapa ketara tapi bila dah selalu selepas dua tiga hari, Anda akan terasa perubahannya. Ini kerana minda kita amik masa untuk menghadam lalu memahami perkara-perkara baru. Bila minda dah faham, minda akan mengatur sistem saraf dan aliran darah supaya jadi seleras dengan kemahuan Anda.

Jadi, tiap kali Anda kata “aku boleh buat” tetiba ada timbul keyakinan tinggi yang Anda memang boleh buat, sebab Anda nampak orang lain boleh buat. Bila buat, Anda tak akan rasa ragu-ragu langsung.

Tiap kali Anda rasa tertekan sebab rasa sukar, katakan pada diri “aku boleh buat” ..Gunakan perkataan “aku boleh” lalu sesuaikan dengan situasi Anda supaya Anda jadi lebih bersemangat.
Read More..

Cabar diri untuk berjaya

Dalam sebuah artikel motivasi yang saya baca, katanya untuk berjaya kita kena ada prinsip 3S – Sasaran, Strategi, Sikap.

Nak berjaya, orang lain tak boleh paksa-paksa. Keinginan mahu berjaya tu kena timbul dengan sendirinya dari dalam diri Anda.

Cetusan untuk berjaya biasa datang dari orang-orang sekeliling.

Kekadang orang perlekeh kita, orang pandang rendah kita, kekadang orang memijak-mijak potensi diri kita.

Dek tak tahan asyik di ‘buli’ dan direndah-rendahkan, kita tekad nak berjaya sebab kita mahu buktikan yang kita boleh mencapai sesuatu, memiliki sesuatu mengalahkan mereka.

Kejayaan sekarang diukur dari aspek material dan kewangan.

Dalam masyarakat kita, kejayaan seseorang di ukur dari dua aspek tadi – harta dan duit.

Anda masih dianggap kurang berjaya bila harta Anda cuma sedikit. Orang akan pandang Anda sebelah mata apabila duit Anda masih sedikit.

Saya menyeru Anda supaya mencabar diri sendiri untuk berjaya.

Memiliki material dan sumber kewangan besar yang mantap tak salah, janji niat kita mempamerkannya adalah untuk dijadikan sumber inspirasi pada orang-orang lain di sekeliling kita.

Jangan nak menunjuk-nunjuk dah le.

Hati kita sendiri pun kena dikontrol. Sebab bila dah berharta dan berduit, kita terdorong untuk bersikap riak.

Orang lain hatta mak bapak kita sendiri tak boleh paksa kita nak berjaya. Makin diorang paksa, makin keras kepala kita.

Kita akan makin tak nak. Contohnya? Berjaya dalam pelajaran.

Mak suruh belajar, bapak suruh belajar. Makin di suruh belajar, makin kita tak nak. Pelajar yang cemerlang mahu cemerlang sebab kemahuan tu timbul dari keinginan diorang sendiri. Tak dipaksa.

Cepat atau tidak keinginan kita nak berjaya tu muncul bergantung pada diri kita, khususnya matlamat kita. Apabila kita tahu apa yang kita nak capai, secara otomatik keinginan untuk berjaya tu akan timbul serta merta, membara dan makin membara dari sehari ke sehari.

Makin kita ingat apa yang kita nak capai, makin bersemangatlah kita jadinya.

Mulai hari ini, seperti yang saya katakan tadi, saya menyeru Anda, mengajak Anda mencabar diri untuk berjaya.

Saya cabar Anda, Anda cabar saya balik.

Masing-masing kita saling cabar mencabar. Bukan mencabar apa, mencabar diri untuk berjaya.

Sebagai seorang blogger, saya mencabar diri saya untuk menghasilkan banyak artikel berkualiti, bukan sembarang punya artikel, saya pentingkan kualiti.

Kat dalam blog ni, saya tak ada Editor.

Jadi, saya baca artikel tu banyak kali, padam banyak kali, ubah banyak kali sampai betul-betul puas hati. Sebelum 1 artikel keluar, ada10-15 artikel ‘rosak’ sebelum tu.

Sebagai seorang pekerja, saya cabar diri saya buat kerja sehabis baik, sebaik mungkin, sebagus mungkin, sehebat mungkin, serajin mungkin, sekualiti yang mungkin. Saya tak kisah pasal politik pejabat.

Yang penting, kerja saya siap on-time, kualitinya bagus dan memenuhi kriteria ketua saya. Ketika bekerja, saya lebih pentingkan professionalisma.

Agama Islam mengajar kita jadi berdisiplin.

Buktinya, orang yang menyempurkan sembahyang di awal waktu, ganjaran pahalanya lebih baik dari orang yang bersembahyang di akhir-akhir waktu.

Islam memberi amaran pada umatnya yang melambat-lambatkan sembahyang, yang melengah-lengahkan waktu sembahyang, bahkan memberi amaran yang amat keras pada orang yang suka bersembahyang di akhir waktu.

Ingat 3 S tadi - Sasaran, Strategi, Sikap.

Paling akhir tu yang kita kena jaga.

Sikap kita.

Kena positif, kena bagus, kena berdisiplin supaya kita boleh berjaya dalam apa jua perkara yang kita usahakan.

Biar kita cuma orang biasa, janji pencapaian kita luar biasa.
Read More..

Wednesday, February 2, 2011

3 tips bagaimana untuk menjadikan Al-Quran sebagai sumber motivasi kejayaan

Caranya:

1. Bukak kitab suci Al-Quran secara rambang dan baca halaman pertama yang Anda buka. Biasakan membaca 1 halaman Al-Quran dalam sehari.

2. Selepas membaca, fahami maksud ayat yang Anda baca dengan merujuk pada tafsir Al-Quran. Ingat nama surah Al-Quran yang Anda baca tadi.

3. Kemudian ambil tafsir Al-Quran lalu cari ayat yang Anda baca. Fahami maksudnya. Fikirkan, hadamkan, ingat selalu. Anda akan mudah ingat maksud ayat Al-Quran yang Anda baca jika Anda membaca 1 halaman sehari. Minda kita senang mengingati perkara-perkara yang simple.

Bila dah biasa mengamalkan teknik ni lebih dari 3 kali dengan kerelaan hati didorong oleh NIAT untuk mencari cetusan motivasi dalam usaha nak mencapai kejayaan, Anda akan merasai getaran semangat yang luar biasa.

Anda tiba-tiba berani.

Anda tiba-tiba merasai kemahuan tinggi yang membuak-buak, panas menggelegak. Kemahuan itu mendorong Anda mahu berjaya dalam apa yang Anda usahakan sekarang ni.

Bila Anda lakukan secara istiqamah, kesannya jauh lebih mendalam dari membaca buku-buku motivasi biasa.
Read More..